KTM Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan KTM 790 DUKE 2026 untuk pasaran tempatan, dengan harga asas RM47,000 (BSP). Model ini mengekalkan segala ketajaman dan prestasi luar biasa yang menjadi identiti The Original Scalpel, dan ianya turut hadir dengan promosi menarik untuk 100 pelanggan pertama. [Read more…] about KTM 790 DUKE 2026 Dilancarkan di Malaysia – Harga RM47,000.00 Dengan Promosi Eksklusif!
Honda CMX1100 Rebel 2026 — Warna Baharu, Aura Lebih Gagah!
Sebagai sebahagian daripada penyegaran besar untuk model tahun 2026, Honda baru-baru ini telah memperkenalkan pilihan warna baharu untuk barisan motosikal enjin besar mereka, CMX1100 Rebel, bagi memastikan motosikal custom ini kekal segar, bergaya dan terus digemari di pasaran Eropah. [Read more…] about Honda CMX1100 Rebel 2026 — Warna Baharu, Aura Lebih Gagah!
Keeway XDV180 EVO 2025 — Skuter Crossover Kompak Yang Lasak Kini Di Malaysia
Keeway Malaysia terus mengukuhkan kehadirannya dalam segmen skuter gaya pengembaraan dengan pelancaran Keeway XDV180 EVO 2025, model terbaharu yang tampil dengan reka bentuk kompak, lasak dan dilengkapi pelbagai teknologi moden. Pelancaran rasmi model ini diadakan bersempena majlis pembukaan Mforce SmartShop Wee Biker Sdn. Bhd., dan ia kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. di seluruh negara. [Read more…] about Keeway XDV180 EVO 2025 — Skuter Crossover Kompak Yang Lasak Kini Di Malaysia
Yamaha XSR700 2025 – Warna Baharu, Jiwa Retro Moden yang Semakin Menawan
Yamaha sekali lagi menunjukkan sentuhan halus dalam dunia motosikal “Neo Retro” dengan memperkenalkan XSR700 2025, kini tampil dengan dua warna baharu yang penuh karakter – Radical White dan Deep Purplish Blue Metallic C. Walaupun tiada perubahan besar pada aspek mekanikal, kemas kini ini tetap menarik perhatian peminat motosikal bergaya retro moden yang menghargai keanggunan dan warisan Yamaha. [Read more…] about Yamaha XSR700 2025 – Warna Baharu, Jiwa Retro Moden yang Semakin Menawan
QJMOTOR SRK250S 2025 – Naked Gaya Sporty Untuk Penunggang Masa Kini
QJMOTOR Malaysia terus mengukuhkan kehadirannya dalam segmen motosikal sport ringan dengan pelancaran model terbaharu, QJMOTOR SRK250S 2025. Model ini diperkenalkan bersempena majlis perasmian Mforce SmartShop Tat Kang Motor Sdn. Bhd. di Johor, yang juga merupakan SmartShop ke-17 di Malaysia dan ke-7 di negeri tersebut. Menampilkan gaya naked yang moden dan agresif, SRK250S direka untuk penunggang muda yang mengutamakan gaya, prestasi dan praktikaliti dalam tunggangan harian. [Read more…] about QJMOTOR SRK250S 2025 – Naked Gaya Sporty Untuk Penunggang Masa Kini




