Honda CMX500 Rebel 25YM — Bobber ringkas dengan sentuhan baharu

Honda nampaknya masih belum mahu lepaskan formula ringkas tapi berkesan pada CMX500 Rebel. Model ini sejak 2017 dah jadi pilihan ramai rider muda yang nak cruiser tapi tak nak motor terlalu besar atau kompleks. Untuk tahun model 2025 (25YM), Rebel diberi beberapa kemas kini yang kecil tapi cukup memberi kesan pada tunggangan harian. Fokus utama Honda kali ini ialah keselesaan, keterbacaan paparan meter, serta tambahan warna baru untuk pastikan ia terus segar. (more…)

Yamaha MT-09 ABS & MT-09 Y-AMT ABS 2025 – Terima Warna Baharu “Matte Light Gray” Dengan Rim Biru Langit

Di pasaran Jepun, Yamaha kembali mencuri perhatian peminat naked bike apabila mengumumkan warna baharu untuk dua model popular mereka, MT-09 ABS dan MT-09 Y-AMT ABS. Kedua-dua model itu kini tampil dengan pilihan warna “Matte Light Gray” yang dipadankan dengan rim biru langit – satu kombinasi yang futuristik, bersih, dan menjadi identiti baharu untuk siri MT. (more…)

Yamaha MT-09 Y-AMT 2025 Di Pasaran Jepun – Hyper Naked Dengan Transmisi Automatik!

Yamaha nampaknya benar-benar serius dalam membawa teknologi baharu ke dunia motosikal. Terbaru di pasaran domestik Jepun pada 30 Ogos 2024 yang lalu, mereka telah melancarkan Yamaha MT-09 Y-AMT 2025, model yang diasaskan daripada MT-09 ABS, tetapi dengan satu ciri yang cukup istimewa – sistem transmisi automatik elektronik yang dipanggil Y-AMT (Yamaha Automated Manual Transmission). (more…)