• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Arena Siber

Berita Dunia Automotif

  • About
  • Contact
  • Privacy Policy

Suzuki GSX-8TT 2025 Dilancarkan di Malaysia – Retro Moden dengan Teknologi Generasi Baharu

29.10.2025 by Yuzz

Suzuki Malaysia kini melancarkan model terbaharu mereka, Suzuki GSX-8TT 2025, yang membawa semangat “Retro Spirit, Next Generation Performance.” Diperkenalkan bersama-sama model Suzuki GSX-8T 2025, model bergaya neo-retro ini dijual pada harga RM63,600.00, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Jantung utama GSX-8TT ialah enjin 776cc parallel-twin DOHC, 4-lejang, penyejukan cecair, yang menghasilkan kuasa maksimum 82.9PS @ 8,500rpm serta tork puncak 78Nm @ 6,800rpm. Kuasa disalurkan melalui transmisi 6-kelajuan constant mesh, lengkap dengan Bi-Directional Quick Shift System untuk penukaran gear lebih pantas dan lancar.

Reka bentuknya menonjol dengan ‘headlight cowl’ gaya retro, tangki bahan api berotot, serta sistem ekzos dengan penutup keluli tahan karat. Ia turut dilengkapi paparan TFT berwarna 5 inci, USB Type-C port, dan S.I.R.S (Suzuki Intelligent Ride System) yang menggabungkan beberapa sistem bantuan elektronik seperti SDMS (Suzuki Drive Mode Selector), Traction Control System (STCS), serta ABS.

Sistem suspensi hadapan menggunakan fork terbalik (inverted telescopic) manakala belakang menggunakan link type coil spring, oil damped, menawarkan tunggangan stabil dan selesa. Ciri brek cakera kembar di depan dan cakera tunggal di belakang pula memastikan kuasa henti optimum.

Reka bentuk rangka diperkuat dengan Suzuki Cross Balancer, manakala berat keseluruhan hanyalah 203 kg, dengan tangki bahan api 16.5 liter dan ketinggian tempat duduk 810mm.

Untuk pasaran Malaysia, GSX-8TT ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu Glass Sparkle Black (YVB) dan Pearl Mat Shadow Green (QU5), masing-masing dengan rim berwarna kontras yang menaikkan gaya sporty klasiknya.

Diimport sepenuhnya dari Jepun, Suzuki GSX-8TT 2025 hadir dengan jaminan 2 tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu), dan menyasarkan penunggang yang mahukan gabungan gaya retro dengan keupayaan prestasi moden yang mengujakan.

Filed Under: Suzuki

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Ducati Diavel V4 RS 2026 – Kuasa Mutlak Dalam Gaya Edisi Terhad
  • Yamaha Tracer 7 GT Y-AMT 2026 – Kini Lebih Mudah Dikawal Dengan Transmisi Automatik Baharu
  • Modenas Ninja ZX-25R SE 2025 – Satu-Satunya Jentera 250cc Empat Silinder Yang Mengaum Di Jalanan
  • Honda Forza 350 2026 — Skuter GT Premium Kini Dengan Sentuhan Lebih Segar
  • Aveta Vanguard 250 2025 – Skuter Maxi Premium Tempatan Dengan Teknologi Lengkap

Categories

Copyright © 2025 · Arena Siber