Kawasaki memang tak pernah jemu mengejutkan peminat Supernaked, dan Z900 ABS 2025 untuk pasaran Amerika Syarikat adalah bukti terbaru. Model ini diperkenalkan pada Oktober 2024 yang lepas, dan kini hadir dengan pelbagai ciri baharu yang bukan sahaja menaikkan prestasi, malah membuat tunggangan lebih menyeronokkan dan selamat.
Salah satu perubahan terbesar adalah enjin 948cc empat silinder sebaris yang kini lebih bertenaga, dengan tork lebih kuat pada rpm rendah dan sederhana. Responsnya halus dan lancar, berkat Electronic Throttle Valves. Tambahan pula, dual-direction Kawasaki Quick Shifter (KQS) membolehkan naik dan turun gear tanpa klac, sama ada untuk pecutan laju atau turun gear dengan lebih lancar.
Dari segi teknologi, Kawasaki tak main-main. Z900 ABS 2025 kini dilengkapi IMU-equipped electronic riding support termasuk Kawasaki Cornering Management Function (KCMF) yang memantau enjin, brek dan lean angle semasa selekoh untuk kestabilan maksimum, Kawasaki TRaction Control (KTRC) dengan tiga mod dan tetapan manual untuk memudahkan tunggangan di permukaan basah atau sukar, serta IMU-enhanced ABS yang menyesuaikan tekanan brek berdasarkan lean angle, mengurangkan risiko tergelincir semasa cornering. Power Mode selection dan integrated riding modes membolehkan penunggang pilih antara Sport, Road, Rain atau mod manual, menyesuaikan kuasa dan kawalan mengikut gaya tunggangan.
Pengendalian motosikal juga makin mantap. Rangka trellis ringan, swingarm aluminium, suspensi Horizontal Back-Link, tayar Dunlop Sportmax Q5A, dan brek depan radial-mounted memberikan rasa lincah, ringan, tapi tetap stabil. Setiap selekoh terasa lebih yakin dan menyenangkan.
Dari segi gaya, Z900 ABS 2025 mengekalkan DNA Sugomi yang agresif. Front end tajam dengan lampu LED, tail menaik dengan LED taillight light-guiding technology, serta aksen logam menambah kesan premium. Panel TFT 5 inci kini menampilkan lean angle indicator, navigasi turn-by-turn, mod menunggang, dan sambungan smartphone untuk panggilan serta mesej. Ciri electronic cruise control juga memudahkan perjalanan jauh tanpa tangan penat memulas throttle.
Bagi yang mahukan ciri lebih premium, Z900 SE ABS hadir dengan Öhlins rear shock, brek Brembo M4.32, seat dua tona eksklusif, port USB Type-C, dan warna serta grafik istimewa. Semua ciri baharu dari enjin, elektronik, hingga TFT tetap ada, cuma lebih eksklusif.
Kawasaki juga memperkenalkan RIDEOLOGY THE APP MOTORCYCLE dengan sokongan voice command dan navigasi turn-by-turn, membolehkan penunggang kawal tetapan atau ikut arah tanpa melepaskan tangan dari handlebar.
Pilihan warna dan harga untuk pasaran AS ialah:
- Z900 ABS: Metallic Spark Black / Metallic Carbon Black / Ebony – $9,999
- Z900 ABS: Galaxy Silver / Metallic Spark Black / Phantom Blue – $10,299
- Z900 SE ABS: Metallic Matte Graphite Gray / Ebony / Metallic Graphite Gray – $11,849
Secara keseluruhan, Kawasaki Z900 ABS 2025 adalah Supernaked yang lengkap dengan semua ciri baharu: enjin mantap, pengendalian lincah, teknologi elektronik canggih, panel TFT penuh warna dengan navigasi, cruise control, dan sambungan aplikasi pintar. Sama ada tunggang di bandar atau jalan berbukit, Z900 ABS menjanjikan pengalaman menunggang yang lebih menyeronokkan, selamat, dan bergaya.




































