• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Arena Siber

Berita Alam Siber

  • About
  • Contact
  • Privacy Policy

Honda Forza 350 2025 – Lebih Pintar, Lebih Premium, Lebih Praktikal

08.09.2025 by Yuzz

Honda memang ada kelas tersendiri bila bercakap soal skuter premium, dan Forza 350 jadi bukti kukuhnya. Model tahun 2025 ini sebenarnya sudah diumumkan pada bulan Oktober 2024 yang lepas untuk pasaran Eropah, dan ianya muncul dengan beberapa sentuhan baru yang membuatkan ia lebih menarik serta praktikal untuk kegunaan harian.

Kalau nak dibandingkan dengan versi sebelumnya, Forza 350 ini nampak lebih matang dengan rekaan sporty-GT yang kemas. Dari depan, fairing yang tajam dengan garisan chiseled memberikan aura premium, ditambah pula dengan skrin elektrik yang boleh dilaras sehingga 180mm. Nak cruising jauh dengan perlindungan angin penuh, boleh. Nak rasa bebas bila bergerak dalam bandar, turunkan je skrin tu. Ringkas, tapi betul-betul memudahkan hidup.

Bahagian dalaman skuter ini pun tak kurang hebat. Ruang simpanan bawah tempat duduk muat dua helmet full-face, siap dengan lampu dalaman yang sangat berguna waktu malam. Ada juga poket depan yang boleh dikunci, dengan port USB-C untuk cas telefon. Semua lampu LED, dan yang paling best, panel TFT 5 inci yang baru. Ia bukan sekadar cantik, tapi juga lebih jelas walaupun bawah matahari terik. Teknologi optical bonding pada skrin ini memang kurangkan silau dan bagi bacaan lebih terang. Tambahan pula, Honda RoadSync sudah jadi standard – jadi boleh guna untuk navigasi, dengar muzik, atau angkat call dengan headset Bluetooth.

Dari segi enjin, Forza 350 masih menggunakan unit 330cc eSP+ yang terbukti berkuasa. Kuasa maksimumnya 21.5kW dan tork 31.5Nm, cukup untuk bawa skuter ini ke kelajuan 137 km/h. Malah, untuk jarak 200 meter, ia boleh dicapai hanya dalam 10.4 saat – bukan calang-calang untuk sebuah skuter. Dari segi penjimatan minyak, Honda claim ia boleh capai 30km/l, dengan tangki 11.7L yang memberi potensi perjalanan lebih 340km sekali isi penuh. Untuk tahun 2025 ini, enjin dah dipadankan dengan ECU baharu, katalis yang dipertingkat, dalaman muffler baharu serta SO₂ sensor bagi mematuhi piawaian Euro 5+. Jadi bukan saja bertenaga, tapi juga lebih mesra alam.

Apa yang menarik, enjin ini bukan enjin biasa-biasa. Ia dilengkapi oil jet ala CRF450R yang sembur minyak terus ke belakang piston untuk penyejukan lebih baik, scavenger pump yang kurangkan geseran dalaman, dan juga balancer shaft untuk getaran yang minimum. Hasilnya, enjin ini bukan saja kuat tapi juga halus dan tahan lama.

Casis pula menggunakan rangka tubular steel yang dipadankan dengan fork teleskopik 33mm dan absorber berkembar di belakang. Suspensi belakang boleh dilaras sehingga 7 tahap preload – jadi kalau bawa seorang, berdua, atau dengan top box penuh barang pun boleh setup ikut keselesaan. Rim 15 inci depan dan 14 inci belakang melengkapkan pakej, dengan tayar 120/70 depan dan 140/70 belakang yang beri grip baik. Berat keseluruhan 186kg dengan ketinggian tempat duduk 780mm – sesuai untuk pelbagai jenis penunggang. Sistem brek pula menggunakan cakera depan 256mm dan belakang 240mm, dilengkapi ABS dua saluran untuk kawalan lebih yakin di permukaan licin.

Selain itu, Honda turut melengkapkan Forza 350 dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC). Sistem ini boleh dimatikan atau dihidupkan ikut keselesaan, dan ia akan mengawal kuasa enjin bila ada tanda roda belakang mula hilang cengkaman. Lagi satu ciri keselamatan yang berguna ialah Emergency Stop Signal (ESS) – bila brek kecemasan, signal belakang akan berkelip laju untuk beri amaran pada pemandu lain.

Dan macam biasa, Honda juga sediakan pelbagai aksesori asli. Ada Style Pack dengan floor panel, comfort seat dan backrest; Urban Pack dengan heated grips dan security buzzer; serta top box pilihan 35L atau 45L. Menariknya, top box 45L ini boleh berfungsi dengan Smart Key – jadi kalau anda jalan dekat motor dengan Smart Key dalam poket, top box akan automatik terbuka, dan bila anda pergi ia akan kunci sendiri. Memang premium habis.

Untuk pasaran Eropah, Honda menawarkan beberapa pilihan warna menarik termasuk Carnelian Red Metallic (warna baru), Pearl Falcon Gray, Pearl Nightstar Black dan Mat Pearl Cool White. Bagi yang mahu kelainan, ada juga versi Special Edition dalam warna Mat Cynos Gray Metallic dengan grafik merah dan jahitan merah yang lebih eksklusif.

Kesimpulannya, Honda Forza 350 2025 ini bukan sekadar kemaskini kecil. Ia hadir dengan gabungan gaya premium, teknologi pintar, ciri keselamatan moden dan praktikaliti yang buatkan ia sesuai sama ada untuk ulang alik kerja harian, ataupun untuk ride jauh hujung minggu. Bagi yang mencari skuter mid-size dengan karekter sporty-GT, Forza 350 ini jelas antara pilihan paling lengkap dan premium di kelasnya.

Filed Under: Honda

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kodak – Legenda Yang Tewas Kerana Takut Pada Masa Depan
  • Nokia N95 – Legenda Telefon Pintar Awal yang Mengubah Segalanya
  • Sejarah YouTube – Dari Garaj Biasa ke Pentas Global
  • The Great Depression – Kisah Peringatan Dari Sejarah Ekonomi Amerika
  • Android – Revolusi Mudah Alih yang Mengubah Segalanya

Categories

Copyright © 2026 · Arena Siber