• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Arena Siber

Berita Dunia Automotif

  • About
  • Contact
  • Privacy Policy

Aveta Vanguard 250 2025 – Skuter Maxi Premium Tempatan Dengan Teknologi Lengkap

03.11.2025 by Yuzz

Aveta membuka tahun 2025 dengan penuh bergaya melalui pelancaran Aveta Vanguard 250, skuter maxi pertama keluaran jenama tempatan ini yang menawarkan gabungan teknologi moden, keselesaan dan gaya Eropah. Dilancarkan secara rasmi pada Januari 2025, model ini tampil sebagai pilihan menarik buat penunggang yang mahukan prestasi 250cc dalam pakej premium yang mampu milik.

Reka bentuknya menyerlah dengan garisan badan dinamik dan futuristik, lengkap dengan sistem lampu LED penuh, windscreen boleh laras, serta gaya keseluruhan yang memberikan aura elegan dan tegap. Dari pandangan depan hingga belakang, Vanguard 250 memperlihatkan kemasan rapi yang setanding dengan skuter import dalam segmennya.

Dikuasakan oleh enjin 244.2cc satu silinder penyejukan cecair dengan keluaran 18.5kW pada 8,500rpm dan 22.5Nm pada 6,500rpm, model ini menggunakan sistem BOSCH EFI bagi menjamin pembakaran lebih cekap dan prestasi yang responsif. Transmisi automatik CVT pula memastikan tunggangan harian terasa lancar dan mudah, sesuai untuk kesesakan bandar mahupun perjalanan jarak jauh.

Aveta kemudiannya melengkapkan Vanguard 250 dengan teknologi keselamatan dan kemudahan kelas premium seperti On/Off Traction Control System (TCS)*, Tire Pressure Monitoring System (TPMS)*, dashcam terbina*, paparan TFT berwarna penuh dengan fungsi mirroring telefon pintar*, dan termasuklah sistem ABS dua saluran dan sistem kunci keyless, menjadikan pengalaman menunggangnya lebih pintar dan selamat.

Dari segi keselesaan dan praktikaliti, model ini menawarkan ruang bawah tempat duduk 23.5 liter, dilengkapi dua kompartmen sisi kalis air, serta port pengecas USB untuk kegunaan seharian. Tangki bahan api berkapasiti 13 liter membolehkan perjalanan lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti mengisi minyak.

Aveta Vanguard 250 seterusnya turut dilengkapi roda bersaiz 120/70-15 (depan) dan 140/70-14 (belakang)*, internal front axle*, fork depan teleskopik 37mm*, kaliper brek depan 4-piston dan kaliper brek belakang 2-piston*, suspensi belakang berkembar dengan tabung gas*, dan dua pilihan warna menarik Majestic Green dan Titanium Grey*. Untuk maklumat lanjut dan lebih tepat mengenai perbezaan yang ditawarkan bagi varian Standard dan SE, boleh dapatkannya di mana-mana wakil pengedar sah Aveta yang berdekatan.

Akhir sekali, kombinasi reka bentuk elegan, teknologi moden, serta ciri keselamatan lengkap menjadikan Aveta Vanguard 250 2025 satu penanda aras baharu untuk jenama tempatan. Ia bukan sekadar skuter maxi, tetapi simbol kemajuan Aveta dalam menghasilkan motosikal yang mampu menyaingi jenama antarabangsa dari segi gaya, teknologi dan nilai.

Harga Aveta Vanguard 250 2025:

  • Standard – RM 14,488.00
  • SE (Special Edition) – RM 16,388.00

*Eksklusif untuk varian SE sahaja

Filed Under: Aveta

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Ducati Diavel V4 RS 2026 – Kuasa Mutlak Dalam Gaya Edisi Terhad
  • Yamaha Tracer 7 GT Y-AMT 2026 – Kini Lebih Mudah Dikawal Dengan Transmisi Automatik Baharu
  • Modenas Ninja ZX-25R SE 2025 – Satu-Satunya Jentera 250cc Empat Silinder Yang Mengaum Di Jalanan
  • Honda Forza 350 2026 — Skuter GT Premium Kini Dengan Sentuhan Lebih Segar
  • Aveta Vanguard 250 2025 – Skuter Maxi Premium Tempatan Dengan Teknologi Lengkap

Categories

Copyright © 2025 · Arena Siber